Jenayah

Pembantu tadbir dipenjara tiga tahun

Kuala Terengganu: Pembantu tadbir Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang kutipan bayaran lesen sebanyak RM14,452.40.

Tertuduh, Sahaslina Mat Yazid, 30, turut berdepan hukuman penjara dua bulan lagi jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Hukuman itu dibuat Hakim Asmadi Hussin selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah jenayah oleh penjawat awam atau ejen.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di bahagian pelesenan didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang kutipan bayaran lesen kenderaan motor berjumlah RM14,452.40 ketika bertugas di kaunter bahagian pelesenan kenderaan aras 1 JPJ Negeri Terengganu antara jam 8 pagi dan 5 petang pada 1 Jun 2014 dan 15 Oktober 2014.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nazylza Mohamad Nazri manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");