Sukan Hari Ini

Wenger susun semula jadual latihan

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, akan menyusun semula jadual latihan anak buahnya bagi memastikan mereka mampu terus mempamer persembahan bertenaga dan mengekalkan kedudukan selaku pendahulu liga.

Wenger turut memberi cuti rehat selama dua hari selepas pasukan itu mencatat kemenangan tipis 1-0 menentang Newcastle, minggu lalu bagi membolehkan anak buahnya mendapat rehat secukupnya sebelum kembali menjalani latihan.

Menjelang saingan Piala FA menentang Sunderland, pasukan yang terkenal dengan jolokan The Gunners itu akan memastikan jadual latihan diselaraskan dengan jadual latihan perancang tengah, Mesut Ozil bagi mengelakkan dia kepenatan.

Malah, Wenger berkemungkinan merehatkan beberapa pemain utama pada aksi menentang The Black Cats, dengan pemain simpanan seperti David Ospina, Calum Chambers, Alex Iwobi dan Jeff Reine-Adelaide dijangka diletakkan selaku pemain kesebelasan utama.

Bintang sensasi Chile, Alexis Sanchez pula boleh diturunkan untuk aksi menentang anak buah Sam Allardyce itu, namun dia dan Theo Walcott dijangka akan direhatkan supaya dapat diturunkan untuk aksi menentang Liverpool, Rabu depan. -Agensi/Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");