Perak Hari Ini

Pemuda AMANAH Perak Setuju Titah Sultan Perak

IPOH: Pemuda AMANAH Negeri bersetuju dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang bertitah bahawa institusi agama tidak disalahgunakan kerana agama diibaratkan seperti bom jangka yang mampu mencetuskan porak peranda jika disensasikan untuk tujuan politik.

Timbalan Ketua AMANAH Perak, Mohd Fitri Asmuni berkata, parti yang baharu ditubuhkan itu meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan.

“Kami memahami teguran yang ditegaskan oleh Sultan Perak tersebut dan bertekad untuk memastikan Islam yang menjadi dasar perjuangan kami tidak disalahkan untuk tujuan politik.

“Sebaliknya, ianya akan dijadikan sebagai medium untuk menyatukan umat Islam dan seluruh masyarakat amnya berdasarkan kepada slogan ‘Rahmatan Lil Alamin’,”katanya menerusi satu kenyataan.

Mengulas lanjut, AMANAH menolak sama sekali sebarang bentuk penyalahgunaan atas nama agama termasuk menggunakan agama untuk tujian politik kebencian dan lebih parah lagi untuk menghukum dan melabel semasa umat Islam.

“Kami bersetuju dan melihat bahawa titah Sultan Nazrin yang turut menyentuh bahawa agama perlu dijadikan instrument penyatuan dan keadilan selain dapat melahirkan masyarakat yang baik.

“Sebagai ‘Raya:Payung Pelindung Agama’, teguran Sultan Nazrin tersebut amat bertepatan dengan situasi masa kini agar umat Islam tidak tergelincir dan trpesong daripada pemahaman Islam yang sebenar,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");