Panasnya Hari Ini

RM2.6b : Rakyat Sudah Mual Dan Jijik

KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kenyataan yang dinyatakan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa Datuk Seri Najib Razak memulangkan kembali lebihan wang derma RM2.6 bilion, sekali gus mengarahkan SPRM menutup kes tersebut amat memalukan.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, kenyataan tersebut hanya menambahkan lagi kebencian rakyat dan kutukan orang ramai terhadap Peguam Negara dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Jelasnya, berdasarkan adegan politik itu dua watak juga diibaratkan seperti ‘badut dan pak pandir’.

“Rakyat melihat adegan politik ini dengan dua watak, di mana seorang bersikap seolah-olah macam badut manakala seorang lagi seperti Pak Pandir yang sedang cuba membuat rakyat merasa bodoh dan ketawa. Inilah keadaan sebenar negara yang amat menyayat hati semua,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya lagi, tiada seorang rakyat Malaysia yang berfikiran waras akan merasa bangga mengenai kehebatan Perdana Menteri memperoleh dana derma berkenaan.

Malah katanya, ianya hanya menimbulkan rasa mual dan jijik terhadap perkara tersebut.

“Tiada satu rakyat Malaysia yang berfikiran waras yang merasa bangga tentang kehebatan Perdana Menteri mendapat derma RM2.6 bilion. Kesemua mereka merasa mual dan jijik dengan apa yang berlaku.

“Kepada para pemimpin UMNO, tak marah ke kalau dana yang sepatutnya digunakan untuk UMNO, dipulangkan?

Berapa kerat pemimpin dalam UMNO yang tahu duit ini pernah datang dan kemudian dipulangkan? Bayangkan kalau baki RM2 bilion dibawa bincang di dalam UMNO, apakah anda percaya ada siapa-siapa di dalam UMNO yang sudi wang itu dikembalikan?,” soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");