Berita Hari Ini

Pencarian ‘Messi’ berakhir

Jaghori (Afghanistan): Usaha mencari kanak-kanak lelaki yang dirakam memakai beg plastik dengan nama bintang bola sepak Lionel Messi, lengkap dengan nombor yang ditulis dengan dakwat biru, berakhir.

Dia ialah Murtaza Ahmadi, kanak-kanak Afghanistan yang memang meminati bola sepak dan Messi.

Bapanya, Arif Ahmadi memberitahu wartawan, anaknya meminta dibelikan jersi bintang Argentina dan Barcelona itu, tetapi dia tidak mampu.

“Saya memberitahu dia kami miskin, tinggal jauh dari kota dan sukar mendapatkan jersi itu. Dia menangis sehingga abangnya, Hamayon membantu membuat jersi Messi daripada beg plastik. Dia berhenti menangis selepas memakai jersi plastik itu,” kata Arif.

Pengguna Internet mula mencari budak misteri itu pertengahan Januari lalu apabila seorang peminat akaun Leo Messi memuat naik gambar Murtaza di Twitter, menunjukkan dia memakai jersi plastik Messi.

Gambar itu hanya menunjukkan dia dari belakang dengan kapsyen ‘Budak di Iraq.’

Bagaimanapun, kapsyen itu tidak benar.

Budak itu sebenarnya ialah Murtaza yang tinggal bersama keluarganya di sebuah kampung di kawasan pedalaman Afghanistan.

Gambar terbaru tersebar menunjukkan Murtaza bergambar dengan bapa dan penduduk kampung lain dengan memakai jersi plastik Messi.

Ketika ditanya wartawan semalam, Murtaza berkata: “Jersi itu dibuat oleh abang saya. Kampung saya tidak mempunyai padang bola sepak. Yang saya ada hanyalah bola yang sudah bocor. Tetapi, saya suka Messi dan mahu bermain sepertinya apabila besar kelak.” – Agensi/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");