Sukan Hari Ini

Pentas muaythai gegar Titiwangsa

KURANG lagi dua minggu kejohanan muaythai paling berprestij negara ini akan menyingkap tirainya yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Februari ini di Stadium Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Kejohanan anjuran Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur ini melibatkan penyertaan 24 peninju tempatan dan antarabangsa bakal menghangatkan suasana pada malam kejohanan nanti.

Setiausahanya, Muhammad Firdaus Yaacop, sebanyak tiga tali pinggang baru bakal menjadi rebutan tiga peninju yang dipilih dan berkelayakan pada edisi kali ini.

“Lima peninju dari PDRM kembali menggalas harapan pasukan dan nama Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM.

“Mereka bakal berjumpa dengan peninju-peninju ‘tip top’ dari negara gajah putih. Antara perlawanan yang bakal menjadi tumpuan dan panas ialah perlawanan antara Pokku Kuda Merah PDRM melawan Super Boy dari Thailand, Wadi Red Army berdepan Abuza Hitam Putih (pernah mewakili negara ) dan Ban Mero Kuda Merah PDRM bertemu Chautali Sanfarami Thailand.

“Manakala Mat Ropi Kuda Merah PDRM mencabar Chalonsut Phuket dari Thailand dan lain-lain peninju yang tidak kurang hebatnya iaitu Amin Red Army, Datuk Foo, Kebha, Adeq Ali, Awie Tokseh, Jordan Boy dan ramai lagi,” katanya.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");