Panasnya Hari Ini

Permohonan Perbaharui PLKS Gagal Bukti MYEG Tak Boleh Pakai – Blogger

KUALA LUMPUR: Kegagalan memperbaharui permohonan lebih 30,000 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing melihatkan bahawa MYEG tidak melaksanakan tugasnya dengan baik.

Menerusi artikel terbaharu dalam blognya, parpukari.blogspot.com berkata, MYEG dilihat tidak layak untuk menerima projek pemutihan berikutan kegagalan mereka itu.

Ujarnya, pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan siasatan terhadap perkara tersebut sebelum menyerahkan apa-apa projek kepada pihak MYEG.

“Aku minta Perdana Menteri agar ambil perhatian terhadap isu ini dan hentikan kegilaan MYEG yang nak ambil projek pemutihan pula.

Beliau turut meminta agar pihak SPRM menyiasat perkara berkenaan.

“Mana boleh sistem sangkut macam itu sahaja? mesti ada ‘hanky panky’ seperti yang pernah aku dedahkan dahulu.

” Kepada menteri yang bertanggungjawab, sila buat siasatan terhadap isu ini. Jangan berdiam diri sahaja,” tegasnya lagi.

Terdahulu, memetik laporan daripada mStar Online, Pengarah Bahagian Pekerja Asing Jabatan Imigresen, Khairul Khar Yahya mengesahkan bahawa berdasarkan rekod pihaknya, sebanyak 31,301 permohonan tidak berjaya diselesaikan sepenuhnya oleh penyedia perkhidmatan.

Khairul berkata, kegagalan pihak tersebut menyebabkan masalah kelewatan penyerahan pelekat PLKS baharu kepada majikan.

Ujarnya, urusan permohonan memperbaharui PLKS berkenaan melibatkan Jabatan Imigresen dan sistem dalam talian berkenaan perlu dilaksanakan dengan baik.

“Penambahbaikan perlu bagi memastikan perkhidmatan dalam talian itu menjadi lebih cekap pada masa akan datang.

“Sehubungan itu, Jabatan Imigresen sebagai agensi pelaksana perlu mengadakan perbincangan untuk penambahbaikan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");