Jenayah

Dua bot, jet ski terbakar

BATU FERINGGHI – Seorang pengusaha sukan air kerugian puluhan ribu ringgit apabila dua bot dan jet ski miliknya yang disimpan di sebuah stor bersebelahan dengan sebuah hotel terkemuka di sini musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi semalam.

Pemilik bot yang hanya mahu dikenali sebagai Vickey berkata, bot dan jet ski itu disimpan di stor berkenaan dalam keadaan baik sebelum dia dan kesemua pekerjanya bercuti selama dua hari sempena Thaipusam.

Bagaimanapun kegembiraan mereka meraikan perayaan itu bertukar duka apabila dikejut dengan kejadian berkenaan yang dikatakan berlaku kira-kira jam 2 pagi semalam.

“Selepas menerima panggilan daripada pekerja, saya terus bergegas ke tempat kejadian dan melihat bot dan jet ski saya sudah musnah.

“Saya tak pasti apakah punca menyebabkan kebakaran dan tidak menolak kemungkinan ini berlaku disebabkan khianat,” katanya semalam.

Vickey berkata, dia telah membuat laporan polis dan berharap polis dapat melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.50 pagi dan tiba di lokasi pada jam 3.01 pagi.

“Seramai sembilan anggota dan seorang pegawai kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal terlibat dalam operasi tersebut.

“Kebakaran dapat dikawal tidak lama kemudian dan api dipadam sepenuhnya pada jam 4.18 pagi,”katanya.

Menurutnya, pasukan forensik kebakaran sedang menyiasat punca kejadian dan kerugian yang dialami pemilik bot akibat kejadian berkenaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");