Sukan Hari Ini

Permulaan positif Guidolin

PENGURUS baharu Swansea City, Francesco Guidolin memulakan langkah positif dalam penampilan pertamanya dengan kemenangan 2-1 ke atas Everton di Goodison Park, kelmarin.

Swansea melakar kemenangan pertama ke atas Everton musim ini dan Guidolin percaya enam mata pada minggu pertama ketibaannya memberi harapan kepada skuadnya untuk menghindari daripada berada di zon penyingkiran.

“Enam mata dalam dua perlawanan amat penting bagi kami kerana kedudukan sekarang amat tidak baik.

“Saya harap kami ada peluang untuk mara ke kedudukan yang lebih selamat.

“Buat masa sekarang saya gembira dengan prestasi pemain. Ini adalah perlawanan pertama saya dan tidak sangka kami menang,” jelasnya.

Swansea kini berada di kedudukan ke-15 liga dengan 25 mata.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");