Panasnya Hari Ini

PKR Johor Bersedia Dekati PAS Negeri

KUALA LUMPUR:PKR bahagian Johor menyatakan kesediaan dan masih lagi cuba untuk mengekalakan hubungan kerjasamanya bersama kepimpinan PAS.

Memetik sumber daripada Therakyatpost, Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse, berkata parti itu juga tidak akan berputus asa untuk mendekati pimpinan Pas Johor sejak akhir tahun lepas.

“Kami (PKR Johor) sentiasa terbuka dan cuba untuk mengekalkan hubungan dengan kepimpinan Pas di negeri ini walaupun sudah berpecah.

“Bagaimanapun, kepimpinan Pas negeri masih belum menemui kami untuk membincangkan sebarang bentuk kerjasaa sejak beberapa ahli mereka meninggalkan parti itu dan menubuhkan Amanah akhir tahun lalu,” katanya semalam.

Ujarnya, kepimpinan Pas negeri disifatkan bersikap `dingin’ dalam berkomunikasi dan mendekati kepimpinan PKR negeri.

PKR katanya masih bersikap terbuka walaupun parti PAS bahagian itu memilih untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan bersama-sama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) akhir tahun lepas.

Malah kenyataan dikeluarkan PAS Kelantan yang menyatakan kekecewaan mereka tindakan PKR kerana menyokong Amanah, yang dilihat sebagai kumpulan serpihan Pas juga adalah tidak adil.

“Pandangan saya adalah isu dimainkan secara melampau oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik dan sokongan akar umbi,” katanya.

Tambahnya lagi, PKR adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan dan mempunyai tanggungjawab untuk menyokong gabungan tiga pihak pembangkang.

“Ya, kena ada `dua tangan untuk menepuk’ untuk membolehkan mana-mana hubungan itu menjadi, tetapi jangan lupa bahawa sebagai sebahagian daripada pembangkang, kita perlu bekerjasama demi kepentingan bersama,” katanya.

PKR Johor juga tegasnya akan cuba untuk mendekati Pas negeri kerana mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");