Jenayah

Saksi nampak lepas tembakan

TEMERLOH – Seorang saksi mendakwa melihat tiga suspek melarikan diri selepas melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol dalam cubaan samun terhadap seorang lelaki di hadapan Ambank Temerloh pagi tadi.

Saksi tersebut, Mohd Faiz Zainal Abidin 22, berkata, dia menjenguk dari rumahnya dari seberang jalan apabila mendengar dua das tembakan dilepaskan.

Menurutnya, ketika itu kelihatan seorang suspek lelaki memakai seluar jeans dan baju T bercorak kotak memegang sepucuk pistol.

“Seorang lagi memakai seluar jeans dan kemeja putih serta seorang lagi memakai seluar jeans dan jersi merah.?

“Dua lelaki bergelut dengan suspek di hadapan bank itu kemudian mereka melarikan diri, dua lari ikut jalan hadapan dan seorang lari ikut lorong belakang.?

“Saya nampak mangsa memandu kereta ke balai polis Temerloh selepas ditembak,” katanya.

Mohd Faiz berkata, dia difahamkan beberapa jam sebelum itu suspek minum di sebuah kedai makan berhampiran.

“Saya terus ke tempat kejadian dan nampak beberapa kelongsong peluru dan sebutir peluru hidup serta selipar dipercayai milik suspek, telefon bimbit dan beg pinggang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");