Sukan Hari Ini

Tekad raih lebih banyak kemenangan

CESC Fabregas percaya dirinya semakin kembali kepada prestasi sebenar selepas membantu Chelsea menewaskan Arsenal 1-0 semalam.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu gagal mencapai prestasi terbaik sehingga menimbulkan kritikan dengan Chelsea bergelut mempertahankan kejuaraan musim lalu.

“Saya berasa yakin dan semakin tajam dalam setiap hantaran. Saya semakin baik dalam menyerap tekanan dan rakan-rakan dalam pasukan banyak membantu untuk kembali dalam prestasi sebenar.

“Dengan prestasi yang semakin baik ini, saya yakin dapat membantu Chelsea keluar daripada keadaan yang tidak menentu dan mencapai lebih banyak kemenangan,” katanya.

Fabregas menyertai Chelsea pada 2014 daripada Barcelona dan membantu The Blues menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");