Jenayah

Sangka mati dalam kereta

Kajang: Penemuan sebuah kereta tersadai di tengah Lebuhraya Cheras-Kajang, di sini, terjawab apabila pemandunya didapati pengsan akibat terlalu mabuk di dalam kenderaan.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi semalam, kereta model Perodua Viva berwarna hitam dipandu lelaki berusia 28 tahun itu menimbulkan tanda tanya orang ramai selain menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 8 pagi memaklumkan terdapat seorang lelaki berada di dalam kenderaan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Berikutan itu, sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi bagi melakukan kerja menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati terdapat seorang lelaki terbaring di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedar,” katanya.

Menurutnya, usaha pihak bomba untuk membawa keluar mangsa tidak dapat dilakukan berikutan pintu kenderaan itu berkunci.

“Pihak kami terpaksa bertindak memecahkan cermin kereta menggunakan alatan khas.

“Pemeriksaan awal mendapati lelaki berusia 28 tahun dan tinggal di Jalan Reko, Kajang itu masih hidup,” katanya.

Dia berkata, pasukan perubatan yang dipanggil ke lokasi kejadian mendapati mangsa tidak sedarkan diri kerana berada di bawah pengaruh alkohol.

“Pemandu kereta itu mungkin terlalu mabuk hingga jatuh pengsan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");