Panasnya Hari Ini

UMNO Kedah Tunggu Kesediaan PAS Untuk Bekerjasama- Mukhriz

KUALA LUMPUR: UMNO Kedah masih menanti ruang dan kesediaan bagi parti PAS bagi menjalinkan usahasama kerjasama antara dua parti tersebut.

Memetik sumber Awani, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata UMNO Kedah masih menantikan kesediaan PAS berhubung kerjasama itu.

Tambahnya lagi, UMNO Kedah juga masih menunggu waktu yang bersesuai dalam memastikan kelangsungan kerjasama tersebut yang berdasarkan kepada perpaduan ummah.

“Jika sudah ada satu kesefahaman (antara UMNO dan PAS), mungkin tidak dalam bentuk perjanjian, tentu ada ruang untuk bekerjasama dalam aspek-aspek yang ada kepentingan bersama,” kata Mukhriz yang juga Menteri Besar di sini.

Berhubung cadangan supaya diwujudkan jawatankuasa perpaduan ummah antara kedua-dua parti, beliau berkata usaha itu memang dibuat sejak dahulu lagi.

“Saya ingat ada beberapa perbincangan di peringkat kebangsaan…di peringkat negeri, saya tak nak komen,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");