Panasnya Hari Ini

‘Saya Terhutang Budi Kepada Tun Razak’ – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau berasa sedih apabila menonton dokumentari khas yang memaparkan kisah hidup Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak.

Menerusi catatan terbaharu di blog beliau, chedet.cc, Dr Mahathir berkata, beliau terhutang budi dengan Tun Razak sepanjang penglibatannya dalam politik.

“Saya sudah tentu amat sedih kerana saya berhutang segala-galanya kepada beliau (Tun Razak). Saya dipecat daripada UMNO dan orang-orang telah diusir keluar di hadapan saya tidak pernah kembali. Kerjaya politik mereka telah rosak.

“Tetapi beliau bukan sahaja membenarkan saya untuk kembali ke pangkuan parti, sebaliknya melantik saya seorang menteri penuh,”ujarnya.

Dr Mahathir turut bercerita, beliau peka dengan keadaan kesihatan Tun Razak berdasarkan pengalamannya sebagai seorang doktor.

“Sebelum berlepas ke United Kingdom dalam satu majlis di Bangunan Parlimen, beliau menarik saya ke tepi dan memberitahu saya bahawa dia menghidap leukimea.

“Saya masih terkejut apabila mendengar beliau meninggal dunia. Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat. Beliau berjuang dan bekerja keras untuk membawa perubahan terhadap masa depan Negara,”katanya.

Tun Mahathir berkata, kehilangan Tun Razak merupakan satu kehilangan peribadi kepada dirinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");