Perak Hari Ini

Tempat Sembahyang Antara Yang Terbakar

TELUK INTAN: Sebuah rumah terbakar mengalami kebakaran sebanyak 30 peratus dalam kejadian yang berlaku pagi tadi.

Menurut jurucakap bomba, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan telah menerima panggilan daripada orang awam pada jam 10.49 pagi.

Ujar sumber kejadian itu mengakibatkan tempat sembahyang dan bahagian dinding serta siling bangunan tersebut musnah.

“Setibanya di tempat kejadian, anggota mendapati berlaku satu kebakaran rumah melibatkan tempat sembahyang Cina dan juga bahagian dinding serta siling musnah terbakar 30 peratus.

IMG-20160118-WA0009

“Semasa jentera tiba di tempat kejadian, didapati api telah dipadamkan dan hanya tinggal bara api sahaja,”katanya.

Mengulas lanjut, anggota telah bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos reel bersumberkan air dari tangki jentera bomba bagi memadamkan saki baki barap api sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Operasi yang diketuai oleh PPgb Aizal Imri Abd Rahman itu tamat pada jam 11.35 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");