Sukan Hari Ini

Sazali dapat sokongan padu rakan

Kuala Lumpur: Jaguh bina badan Sazali Samad terus mendapat sokongan selepas dikenakan penggantungan empat tahun susulan kegagalan ujian doping tahun lalu.

Menurut salah seorang rakannya, Zainurizzaman Moharam, mereka mengambil inisiatif untuk membantu Sazali kerana berasakan pengorbanan dan jasanya kepada negara amat besar.

“Dia ikon negara, apabila berlakunya kes ini, saya serta beberapa rakan mengambil langkah mengadakan program membantunya.

“Pada mulanya apabila kes ini didedahkan, dia memang malu. Namun kami bersyukur apabila kami mengadakan sesuatu program, orang ramai memberikan semangat kepadanya,” jelasnya.

Katanya, program yang dijalankan bukan saja mahu memberikan sokongan moral kepada Sazali, malah mahu mendidik masyarakat supaya memahami situasi sebenar membabitkan penggunaan steroid terutamanya dalam sukan.

Jelasnya, mereka turut memahami situasi Sazali yang tidak lagi mendapat kemudahan sebagai atlet di Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) apabila digantung.

“Jadi ada kawan yang mempunyai gimnasium memberikan kebenaran kepadanya untuk berlatih secara percuma. Saya sendiri mempunyai klinik fisioterapi dan bersedia memberikannya kemudahan itu,” katanya.-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");