Sukan Hari Ini

‘Sehebat Piala Ryder’

Kuala Lumpur: Dominasi Pasukan Eropah pada saingan Piala EurAsia yang berakhir kelmarin jelas menyaksikan jurang antara mereka dengan Pasukan Asia jauh berbeza.

Namun pemain terkemuka Eropah Ian Poulter percaya, saingan itu bukan saja dapat memberi manfaat kepada Pasukan Eropah, malah untuk Pasukan Asia juga.

Justeru itu, Poulter yang sudah memenangi 12 gelaran Jelajah Eropah berkata, meskipun Piala EurAsia baru memasuki edisi kedua, beliau percaya kejohanan itu akan menjadi salah satu acara berpasukan terbesar di dunia seperti Piala Ryder dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Jelas sekali, kejohanan ini akan berkembang dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Sebab bagi Eropah, kejohanan ini amat bersesuaian untuk kami sertai kerana ia berlangsung pada tahun sama penganjuran Piala Ryder.

“Bermakna kami dapat mempersiapkan pasukan dengan lebih baik menjelang saingan Piala Ryder September ini,” katanya.

Sementara itu, kapten Pasukan Asia Jeev Milkha Singh berkata, meskipun gagal menjulang piala berprestij itu, banyak yang dapat dipelajari pemain Asia.

“Saya masih berasakan kami antara pasukan yang kuat dan antara yang terbaik di dunia.

“Malah prestasi pemain Malaysia iaitu Danny Chia serta Nicholas Fung sangat cemerlang kerana mereka berdua membantu Pasukan Asia meraih mata.

“Ini bermakna kejohanan ini memberi banyak pendedahan berguna kepada semua pemain Asia tidak kira sama ada mereka pemain terkemuka atau tidak,” katanya.-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");