Sukan Hari Ini

Senjata Mr Universe

Kuala Lumpur: Rekod bersih sepanjang 26 tahun pembabitan dalam sukan bina badan menjadi ‘senjata utama’ untuk hukuman penggantungan empat tahun Sazali Samad dikurangkan.

Timbalan Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) Datuk Dr Ahmad Badrus Othman mengakui Mr Universe berusia 49 tahun itu tidak pernah positif bahan terlarang sebelum ini.

“Fakta itu satu asas yang kukuh. Ia kesalahan pertamanya dan bukan disengajakan. Berdasarkan itu, kita cuba untuk kurangkan hukuman yang dikenakan dan mendapatkan sedikit kelonggaran,” katanya.

Sazali dikenakan penggantungan empat tahun oleh PBBM susulan kegagalan ujian doping yang dijalankan September tahun lalu.

“Dalam sukan bina badan, dia antara atlet terbaik dunia. Sukar untuk saya mengatakan jumlah yang boleh dikurangkan. Sekiranya dapat dikurangkan 50 peratus daripada hukuman asal, itu sesuatu yang bagus untuk negara dan dirinya.

“Bagaimanapun keputusan itu hak Jawatankuasa Rayuan PBBM yang diketuai Datuk Wira Masood Zainal Abidin (Naib Presiden PBBM). Jawatankuasa itu akan meneliti semula kes Sazali dan sekiranya ada sebab untuk kurangkan penggantungan, ia akan dilakukan. Ia juga perlu selaras dengan peraturan ditetapkan WADA (Agensi Anti Doping Dunia),” jelasnya.

Tambahnya, PBBM turut mengadakan mesyuarat bersama Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) agar semua pihak membuat keputusan sebulat suara.

Ditanya mengenai risiko terhadap PBBM sekiranya mengurangkan hukuman, Ahmad Badrus menjelaskan Jawatankuasa Rayuan akan mengupas fakta dan hujah berdasarkan undang-undang WADA dan rekod Sazali.

Terdahulu beliau menghadiri program PBBM bersama ADAMAS berhubung program pendidikan anti doping yang turut dihadiri kira-kira 60 individu membabitkan atlet, pegawai, wakil pengusaha gimnasium serta mereka yang berkecimpung dalam sukan itu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");