Panasnya Hari Ini

PKR Masih Mahu Prinsip ‘1 lawan 1’- Azmin Ali

KUALA LUMPUR:PKR tetap mempertahankan prinsipnya  ‘satu lawan satu’ dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 akan datang.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, pendirian itu dinyatakan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.ketika ditemui di majlis Penyerahan Hak Milik Tanah di Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda hari ini.

Beliau tampil mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mahfodz Mohamad semalam yang menyatakan kesediaan untuk pertembungan tiga penjuru dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam PRU akan datang.

“Itu untuk plilihanraya ke 14..jauh lagi kita pun belum ada tarikh jadi itu memang biasa dalam mana-mana pilihanraya kita ada proses rundingan dan perbincangan.

“Kerana kita mahu prinsip satu lawan satu dipertahankan untuk menumbangkan BN and Umno,” katanya.

Mahfodz menegaskan bahawa setelah Pas ditendang keluar dari Pakatan Rakyat (PR) tahun lalu setelah berhadapan dengan krisis dalaman melibatkan DAP dan parti itu tidak lagi terikat dengan konsensus Pakatan Rakyat.

PAS juga katanya berhak bertanding di semua kerusi yang ditandingi DAP dan Amanah.

Mengulas mengenai perkara itu Azmin menegaskan bahawa ianya bukan menjadi keutamaan buat masa sekarang dan kapasitinya juga sebagai Menteri Besar Selangor adalah untuk memastikan pembangunan negeri tersebut.

“Sekarang ni tanggungjawab saya dan kerajaan negeri untuk tumpu kepada pembangunan dan memastikan sistem perkhidmatan ini benar-benar efektif kepada rakyat negeri Selangor dan ini menjadi keutamaan kita,” tegasnya lagi.

Ujar Azmin lagi, keadaan kerjasama politik di Selangor terkawal disamping masih dapat meraikan perbezaan pandangan dan pendapat.

“Kita Alhamdulillah di Selangor, kita hormati pandangan semua pihak dan Selangor harus memimpin harus buktikan bahawa kita boleh kukuhkan perpaduan dengan parti-parti politik yang mempunyai keyakinan untuk melakukan agenda reformasi.

“Dan saya bersyukur semasa pengagihan ahli-ahli majlis ianya tidak dilihat sebagai ganjaran politik, tapi sebagai satu tanggungjawab demokrasi yang melibatkan semua parti dan inilah satu-satunya negeri di Malaysia yang dapat membuktikan kita boleh bekerjasama yang berpegang kepada prinsip yang jelas,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");