Panasnya Hari Ini

SPRM Disekat Dapatkan Penyata Bank RM2.6b Perlu Diperjelas

KUALA LUMPUR: Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang tidak membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan penyata bank luar Negara berkaitan isu derma sebanyak RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diperjelaskan.

Ahli Panel Penilaian Operasi SPRM, Lim Chee Wee berkata, SPRM perlu mendapatkan persetujuan daripada Peguam Negara dalam permohonan bagi mendapatkan bantuan undang-undang bersama (MLA) bagi memperolehi dokumen-dokumen berkaitan.

“Ini akan membantu melupuskan spekulasi cubaan untuk tutup oleh peguam Negara dan derma yang didakwa itu adalah kononnya dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP)”katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Terdahulu, Apandi telah ‘membersihkan’ nama Najib daripada sebarang salah laku berhubung isu derma itu dan isu SRC International.

Tambahnya, oleh kerana tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib, maka tidak ada keperluan untuk mendapatkan MLA bagi tujuan melengkapkan siasatan.

Selain itu, Apandi juga turut memerintahkan agar suruhanjaya itu menghentikan siasatan yang berkaitan.

Bagaimanapun, Lim berkata, Apandi tidak mempunyai hak untuk memberikan arahan tersebut kerana jika dilihat dari sudut undang-undang malah peguam Negara wajib memberi persetujuan dengan permintaan bagi mendapatkan MLA tersebut.

“Dari segi undang-undang, AG bersalah untuk mengarahkan SPRM untuk menutup siasatannya. Kuasanya adalah untuk mendakwa.

“SPRM berhak untuk meneruskan siasatan ke atas 1MDB dan bahawa AG mengikut undang-undang wajib memberi bantuannya bagi mendapatkan MLA,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, Lim turut menggesa agar Apandi dapat menjelaskan mengapa beliau membebaskan Najib daripada sebarang pertuduhan.

“Sebagai contoh, Apandi perlu menjelaskan carta aliran yang dipegang beliau pada sidang akhbar Selasa lalu dan memberikan butir-butir sumbangan yang didakwa telah dipulangkan,”ujarnya.

Beliau turut mempertikaikan bahawa keputusan peguam Negara itu tidak boleh dicabar.

“Keputusan peguam Negara untuk mendakwa atau tidak boleh dicabar oleh mana-mana pembayar cukai di mana-mana mahkamah atau juga dipersoalkan oleh sesiapa sahaja di mana-mana ruang tmu, bilik mesyuarat, bilik lembaga atau kedai kopi.

“AG tidak mempunyai budi bicara mutlak dalam kuasa pendakwaan. Ini adalah kedudukan undang-undang di Malaysia, Singapura dan United Kingdom,”ujar beliau.

Katanya lagi, Apandi akan mendapat sokongan padu daripada rakyat jelata sekiranya Peguam Negara itu memegang amanah mengalas jawatannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");