Sukan Hari Ini

Williams juara dunia

Iskandar Puteri: Piala Monsun Malaysia 2015/2016 yang melabuhkan tirai semalam menyaksikan jurumudi Great Britain, Ian Williams muncul juara dunia selepas menewaskan jurumudi nombor dua dunia, Taylor Canfield dari pasukan US One.

Williams yang beraksi cemerlang menang tiga perlumbaan saingan akhir, semalam sekali gus membawa pulang wang tunai RM310,000 dan trofi Tunku Laksamana Johor.

Kemenangan itu juga menjadikan Williams dan pasukannya, GAC Pindar juara dunia Kejohanan Perlumbaan Jelajah Dunia (WMRT) buat kali keenam berturut-turut.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Williams berkata, dia memiliki pasukan yang memberi kerjasama dan semangat juang tinggi sehingga mampu mengekalkan kejuaraan.

“Selepas ini saya akan berehat dan memberi fokus untuk mempelajari serta mendalami penggunaan bot M32 yang bakal digunakan sepanjang siri kejohanan bermula Mac ini.

“Kejohanan Piala Monsun ini siri perlumbaan yang bagus dan banyak membantu saya meningkatkan kedudukan sejak menyertainya pada 2005 sehingga mampu mengekalkan gelaran juara dunia ini sebanyak enam kali,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Williams turut memenangi wang tunai RM332,000 (AS$80,000) dan trofi selaku juara WMRT bersama pasukannya.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menyempurnakan acara penutup dan penyampaian hadiah di Puteri Harbour di sini, semalam.

Sementara itu, jurumudi negara, Hazwan Hazim Dermawan dan pasukannya, Hazone Racing menerima hadiah daripada Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim sebagai tanda penghargaannya kepada pasukan itu yang berjaya mengharumkan nama negara dan Johor khususnya.

Hazwan menerima kejutan itu apabila Tunku Idris berkenan untuk berjumpanya dan memberi sumbangan itu selepas selesai acara penutupan dan penyampaian hadiah.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");