Sukan Hari Ini

Woodward pujuk Van Gaal kekal

London: Louis van Gaal (gambar) tidak menawarkan diri untuk meletakkan jawatan selepas menyaksikan pasukannya mengalami kekalahan terbaru di laman sendiri di tangan Southampton hujung minggu lalu, menurut sumber dalaman Manchester United semalam.

Terdahulu akhbar Britain Guardian melaporkan naib pengerusi eksekutif kelab itu Ed Woodward, memujuk pengendali Belanda itu supaya kekal berikutan kekalahan 0-1 yang menyebabkan penyokong mencemuh pasukan dan Van Gaal selepas perlawanan.

Woodward memberitahu Van Gaal supaya berbincang dengan keluarganya sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya, menurut akhbar itu. Pengurus itu pulang ke Belanda Ahad lalu bagi menyambut hari jadi anak perempuannya.

Van Gaal dijangka berunding semula dengan lembaga pengarah United semalam apabila beliau mengendalikan latihan pasukan utama.

Kekalahan kepada Southampton menyaksikan United di tangga kelima liga, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Leicester City dan lima mata di belakang pasukan tangga keempat Tottenham Hotspur.

Kekalahan itu juga menyaksikan bukan kali pertama musim ini peminat yang tidak sabar memperagakan kemarahan mereka terhadap pengurus itu.

Van Gaal mengakui buat kali pertama selepas perlawanan itu beliau gagal di Old Trafford, menyatakan beliau kecewa dan hampa kerana gagal memenuhi harapan penyokong terhadapnya. – Reuters/Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");