Jenayah

19 peniaga warga asing ditahan

KLANG: Seramai 19 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu warga asing melibatkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Imigresen di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru, di sini, kelmarin.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, warga asing dari Myanmar, Bangladesh dan Indonesia itu ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan memiliki dokumen perjalanan yang diragui.

“Dalam serbuan jam 4 pagi itu, seramai 69 warga asing diperiksa dan 50 daripadanya dibebaskan selepas semakan dan dokumentasi dilakukan pihak imigresen.

“Semua yang ditahan itu diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, operasi kali keempat di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru itu bertujuan membanteras kegiatan perniagaan warga asing yang melanggar undang-undang.

“Semasa operasi dilakukan, semua warga asing berkenaan mengaku diupah majikan untuk bekerja.

“Siasatan lanjut turut dijalankan dan mendapati konsep ‘ali baba’ perniagaan tidak wujud di situ,” katanya.

Mohamad Yasid berkata, semua majikan yang mengupah warga asing sebagai pekerja harus memastikan mereka mempunyai permit sah dalam bidang sama.

“Kita akan kuat kuasa perkara ini dan jika didapati permit yang dimiliki mereka bukan dalam bidang tersebut, maka tindakan tegas akan diambil,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");