Sukan Hari Ini

2 import bakal perkuat JDT II

JOHOR BAHRU: Kekurangan pemain import dan kecederaan penjaga gol utama dikenal pasti sebagai punca Johor Darul Ta’zim (JDT) II kurang daya saing berbanding pasukan Liga Perdana lain.

Pengarah Sukannya, Alistair Edwards, berkata pasukan itu pada musim ini tidak seperti tahun sebelumnya apabila hanya diperkuatkan oleh seorang tenaga import, iaitu Paulo Rangel.

“Kami tidak mempunyai empat pemain import seperti pasukan lain,” kata Edwards dalam satu kenyataan menerusi akaun rasmi Facebook JDT, Johor Southern Tigers.

“Posisi penjaga gol juga akan ada perubahan akibat kecederaan dialami penjaga gol utama dan kedua. Ketika ini kami terpaksa menggunakan penjaga gol ketiga yang kita sedia maklum membuat banyak kesilapan apabila diturunkan.

“Untuk Shahril (Ishak) dan Baihakki (Khaizan), kami menganggap mereka sama seperti pemain tempatan kerana tidak begitu banyak perbezaan standard mereka dan pemain Malaysia,”.

Edwards yang pernah mencipta nama dalam Liga Malaysia pada era 90-an berkata, dia dan pasukan teknikal sudah bertemu pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk berbincang berkenaan prestasi JDT II.

Bagaimanapun, katanya, dia dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan bajet memandangkan JDT adalah satu-satunya pasukan di negara ini yang memiliki kemudahan stadium sendiri, kemudahan latihan, dan kelompok pemain muda seawal usia lapan tahun.

“Sekarang kita sudah mempunyai satu penyelesaian untuk meningkatkan JDT II. Kami akan menandatangani dua lagi pemain import baru dan menggalakkan lebih ramai pemain muda dari JDT III untuk ke JDT II,” katanya.

Edwards berkata peranan JDT II adalah lebih kepada usaha untuk memupuk bakat dan kemahiran pemain muda, seterusnya boleh mewakili pasukan utama pada masa depan.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");