Membawang Hari Ini

4.5 juta tonton episod akhir Cinta Si Wedding Planner

GANDINGAN Mira Filzah bersama Adi Putra berjaya meraih tontonan seramai 4.5 juta menerusi episod akhir drama bersiri itu Selasa lalu.

Menariknya, meskipun Mira Filzah hanya pendatang baharu, namun siapa sangka sisi lakonannya bersama Adi Putra berjaya menarik perhatian penonton.

Pengarahnya, Along Kamaludin berjaya menggambarkan perhubungan di antara suami isteri iaitu Izara Batrisya dan Fariz Adryan walaupun tanpa perlu bersentuhan.

Pada masa sama, ini membuktikan Adi Putra, duta DFKL 2016 masih mengekalkan momentum popularitinya meski pun industri seni dibanjiri muka baharu.

Cinta Si Wedding Planner mengisahkan Izara Batrisya (Mira Filzah) seorang gadis bercita-cita tinggi dalam bidang perancang perkahwinan bertemu dengan seorang lelaki penuh egois, Fariz Adryan (Adi Putra) sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin.

Pelbagai konflik berlaku sepanjang perkahwinan mereka kerana dendam orang ketiga.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");