Panasnya Hari Ini

600,000 Rakyat Malaysia Bekerja Dalam Sektor 3D Di Luar Negara

KUALA LUMPUR: Sekitar 600,000 rakyat Malaysia kini didapati bekerja di luar negara iaitu di Singapura dalam sektor 3D (Dangerous, Difficult, Dirty) dan ia jelas membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu bekerja dalam sektor tersebut di negara ini.

“Berdasarkan rekod kita, kira-kira 600,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura dalam sektor 3D (Dangerous, Difficult, Dirty). Jika mereka boleh melakukan pekerjaan itu di luar negara, mereka juga boleh melakukannya di sini.

“Masalahnya ialah, mengapa mereka mahu bekerja dengan gaji RM900 sekiranya mereka dibayar S$1,000 sebulan di Singapura untuk melakukan kerja yang sama?” soal Presiden Pertubuhan Rapat Malaysia, A Rajaretinam, memetik laporan mstar hari ini.

Katanya lagi, dengan jumlah tersebut ianya berjaya menepis tanggapan bahawa rakyat Malaysia enggan bekerja di dalam sektor tersebut kerana ramai daripada mereka kini sedang melakukan pekerjaan tersebut di luar negara.

Jelasnya, antara punca rakyat di negara ini enggan melakukan kerja 3D di Malaysia berkemungkinan besar adalah kerana tawaran gaji yang rendah dalam sektor itu.

Sementara itu, pengerusi bersama Gabungan NGO India Malaysia, K Arumugam berkata, beliau menggesa kerajaan untuk menaikkan kadar gaji minimum untuk mereka yang bekerja di dalam sektor 3D.

“Mereka sanggup melakukan kerja-kerja lasak, tetapi anda perlu membayar mereka secara berpatutan.

“Gaji bulan yang munasabah adalah sekurang-kurangnya RM1,500. Jadi mereka masih boleh menampung keluarga masing-masing,”tegasnya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini bagi memenuhi keperluan industri terutamanya di dalam sektor perladangan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.

Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid turut mencabar golongan belia di negara ini untuk bekerja di dalam sektor-sektor tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");