Berita Hari Ini

MH370: Kapal China beralih ke selatan Lautan Hindi

CANBERRA: Sebuah agensi carian berkata kapal China pertama mencari pesawat Malaysia yang hilang hampir dua tahun lalu dijangka berlepas dari Australia tidak lama lagi untuk ke selatan Lautan Hindi yang dilengkapi sonar tercanggih.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata hari ini, kapal itu sudah menguji Synthetic Aperture Sonar di luar pantai Australia Barat baru-baru ini dan akan menghantar anggota ke pelabuhan Fremantle sebelum berlepas pada Khamis ke kawasan pencarian yang luas di barat daya.

Kapal China itu akan menjadi kapal keempat mencari di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi, lokasi Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terhempas pada 2014.

Pesawat Boeing 777 itu hilang selepas tersasar jauh dari laluan asal dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

– AP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");