Panasnya Hari Ini

ABIM Gesa Bebaskan Anwar

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menuntut supaya Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
perlu dibebaskan dan diberikan semua hak-hak ketika masih menjadi tahanan politik.

Memetik sumber Therakyatpost, sempena dengan tahun pemenjaraan Anwar pada 10 Februari semalam, ABIM juga menuntut supaya pengasas kumpulan itu dibebaskan menerusi cara yang sah dan diberikan semua hak-haknya seperti yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa.

“Abim menuntut supaya Anwar Ibrahim dibebaskan segera merta secara sah menerusi kaedah undang-undang dan keadilan bagi semua sabitan melalui semakan kehakiman yang sedang dirangka oleh peguamnya.

“Walaupun proses ini berterusan, beliau perlu diberikan semua hak-hak sebagai seorang tahanan politik yang merangkumi hak rawatan perubatan mengikut pilihannya dan hak akses bagi peguamnya bertemu dengannya tanpa halangan birokrasi.

“Keluarga Anwar perlu diberikan akses penuh untuk bertemu, untuk bersama-sama dan dapat berkomunikasi dengan dia tanpa halangan yang tidak perlu semasa dia di dalam penjara,” kata Presiden Abim, Mohamad Raimi Rahim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan kepercayaannya bahawa Anwar dipenjarakan secara salah sambil memetik pandangan badan hak asasi manusia bebas yang merupakan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWGAD) yang menyifatkan Anwar telah dipenjarakan secara tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

“Kehilangan hak kebebasan Encik (Anwar) Ibrahim adalah sebarangan. Dengan mengambil kira semua hal keadaan kes itu, Kumpulan Kerja berpendapat bahawa pemulihan yang memuaskan adalah dengan membebaskan Anwar dengan segera, dan memastikan hak-hak politiknya yang diketepikan disebabkan penahanan sewenang-wenangnya itu dikembalikan,” tulisnya.

Tambahnya lagi, serangan peribadi Anwar adalah satu jenayah Qazaf yang bermaksud tuduhan palsu tanpa saksi yang mencukupi.

“Jenayah Qazaf yang secara palsu menuduh lelaki dan wanita mengadakan hubungan seks haram tanpa mendatangkan saksi mencukupi adalah keji dan dibenci menurut Syariah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");