Panasnya Hari Ini

Satukan Semua Pemimpin Agama, Wanita dan Belia

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), satu persidangan damai telah diadakan di Pusat Maklumat Islam di Kuching pada 6 Februari lalu.

Bertemakan “Soaring Up To The World With Two Wings of Kuching”, persidangan itu telah dianjurkan oleh Heavenly Culture, World Peace, Restoration of Light (HWPL) dan merupakan kali kedua selepas persidangan pertama yang diadakan pada 23 Januari lalu.

Terdahulu, PBB telah mengisytiharkan minggu pertama Februari adalah ‘World Interfaith Harmony Week” pada tahun 2010 bertujuan untuk mewujudkan hubungan harmoni antara agama melalui pemahaman dan kerjasama.

“Persidangan damai Kuching ini bukan sahaja berkaitan agama, tetapi ia juga merupakan tempat untuk golongan wanita dan belia berkumpul bagi ketenangan dan keharmonian.

“Pada sesi yang pertama, pemimpin daripada empat agama akan berkumpul untuk melihat dan membandingkan jawapan dengan topik yang diberikan dalam setiap kitab.

“Manakala bagi sesi kedua pula, golongan wanita dan belia membincangkan kepentingan dan peranan mereka dalam mencapai keamanan,”kata HWPL.

Kata HWPL lagi, antara topik yang dibincangkan dalam perbandingan kitab-kitab ialah ‘Tujuan Penciptaan.

Manakala bagi sesi kedua pula, golongan belia dan wanita membincangkan peranan mereka dalam mencapai keamanan dunia.

Law King Ing, mewakili agama Buddha berkata, persidangan dialog antara agama ini perlu diteruskan bagi mengelakkan salah faham antara satu sama lain.

“Kita perlu adakan sesi dialog antara agama ini dengan lebih banyak kerana terdapat begitu banyak salah faham antara agama.

“Dalam agama Buddha, kita menekankan toleransi. Jika anda memahaminya, maka anda boleh mengamalkannya (toleransi) dan menerima apa sahaja demi mencapai keamanan,”katanya.

5 (3)

Sementara itu, wakil wanita, Norjanah Razali berkata, golongan wanita juga perlu memainkan peranan masing-masing dalam mencapai keamanan.

“Kita perlu memastikan bahawa wanita juga mempunyai peluang dalam memainkan peranan masing-masing dalam mencapai keamanan.

“Dimana ada konflik, seperti di Mali, Syria, Timur Tengah, wanita perlu menjadi sebahagian daripada penyelesaian,”ujarnya.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Kuching, Abang Wahap Abang Julai yang turut hadir ke majlis tersebut berkata, apa yang diperkatakan oleh golongan belia dan wanita adalah satu inspirasi bagi mencapai keamanan, adalah benar.

“Kita boleh mencapai keamanan dengan mendapatkan wanita dan belia untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam gerakan ini.

“Maka kita boleh berjaya dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk hidup aman dan damai,”ujarnya.

HWPL merancang untuk meneruskan aktiviti keamanannya di Malaysia, bukan sahaja di Kuching, sebaliknya di beberapa negeri lain seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");