Membawang Hari Ini

AOA bebas hutang!

Anyeonghaseyo! Dengan pengaruh pasaran industri hiburan Korea Selatan ketika ini, banyak pihak berlumba-lumba untuk mengambil bahagian dan melabur di sana.

Sebuah syarikat gergasi dari China iaitu Alibaba baru-baru ini turut mengambil kesempatan itu dengan mengikat kerjasama dengan agensi popular SM Entertainment.

Perjanjian itu diputuskan apabila Alibaba akan membayar empat peratus daripada saham agensi terbabit.

Nama SM sememangnya tidak asing lagi dan menaungi ramai penyanyi hebat termasuk Super Junior, EXO, Girls’ Generation, f(x) dan BoA. Tidak ketinggalan pelakon handalan seperti Kim Ha-neul dan Kim Min-jong.

Perjanjian itu dijangkakan mampu membantu SM memperluaskan lagi pengaruh dalam pasaran China khususnya dalam industri muzik, sektor pemasaran serta pengedaran muzik dalam talian.

Kebelakangan ini, China menjadi negara penyumbang terbesar dalam pendapatan SM terutama menerusi acara konsert dan siri jelajah.

Dengan tawaran Alibaba itu, ia mampu mengurangkan kerugian cetak rompak dan membantu SM meraih keuntungan bersih daripada perkhidmatan dalam talian.

Tidak dinafikan, senario kerjasama antara China dan Korea Selatan semakin berkembang beberapa tahun kebelakangan ini baik dalan bidang korporat dan seni.

Pada penghujung 2014 lalu, syarikat Huace menjadi penyumbang terbesar kepada agensi pengedar filem Next Entertainment World.

Beralih berita panas Ulzzang! minggu ini, anggota kumpulan AOA kini mampu menarik nafas lega apabila hutang mereka dengan agensi FNC Entertainment akhirnya langsai.

Perkara itu didedahkan sumber dalaman kumpulan itu yang sejak akhir-akhir ini lebih banyak terpalit kisah negatif.

Dengan langsainya hutang itu bermakna AOA mula dapat bayaran persembahan sejak tahun lalu.

Barangkali ramai yang tidak tahu, setiap artis kena berhutang dulu dengan agensi sepanjang tempoh latihan mereka.

Perbelanjaan itu merangkumi penempatan, makan minum dan bukan sekadar kos latihan semata-mata.

Berbanding kumpulan idol lelaki, wanita pula diberikan tempoh masa selama tiga tahun untuk melangsaikan hutang berkenaan.

Sejak diperkenalkan, AOA mula dikenali selepas lagu Mini Skirt, Short Hair, Like A Cat dan Heart Attack mereka jadi popular.

“Kami tidak boleh mendedahkan jumlah sebenar berapa bayaran akan diberikan kepada kumpulan itu. Yang pasti, setiap anggotanya akan mula menerima pendapatan mereka bermula sekarang,” kata wakil agensi berkenaan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");