Jenayah

Doktor hilang lebih sebulan

IPOH – Seorang pegawai kanan perubatan dilaporkan hilang apabila gagal dikesan ahli keluarga dan rakan terdekat, sejak awal Januari lalu.

B Sugumaran, 50, yang juga merupakan pegawai perubatan pada sesi Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara dikatakan kali terakhir dilihat pada penghujung Disember sebelum dilaporkan tidak hadir bertugas.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran berkata, beliau hanya menyedari kehilangan rakan baiknya itu semalam, selepas ada pihak memaklumkan mangsa tidak melaporkan diri bertugas di klinik Parlimen.

“Saya bersama beberapa rakan lain cuba menghubunginya, namun gagal, kebanyakan kawan rapat juga tidak mengetahui di mana mangsa berada,” katanya.

Beliau berkata, kehilangan Sugumaran sudah dimaklumkan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam untuk tindakan lanjut.

Katanya, mangsa yang masih bujang pernah berkhidmat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh sebelum ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");