Jenayah

ASP, Koperal direman tujuh hari

Seremban: Pegawai dan anggota polis yang disyaki melindungi sindiket kereta klon direman tujuh hari di Mahkamah Majistret, di sini, 10 pagi tadi.

Sumber berkata, pegawai berpangkat Asisten Superintendan berusia 36 tahun dan koperal berusia 54 tahun itu ditahan reman bermula hari ini sehingga 23 Februari ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, seorang lagi konstabel berusia 27 tahun yang turut ditahan bersama mereka di Temiang, di sini, semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Mahkamah Majistret membenarkan kedua-duanya direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 selepas disyaki menerima suapan RM1,500 setiap bulan daripada sindiket kereta klon berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap mengesahkan penahanan reman pegawai dan anggota polis terbabit yang bertugas di Bahagian Risikan, Operasi dan Rekod (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");