Laporan Eksklusif

Najib sertai Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Asean

SUNNYLANDS – AMERIKA SYARIKAT. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin Asia Tenggara menghadiri hari terakhir Sidang Kemuncak AS-Asean yang dihoskan Presiden Barack Obama di sini hari ini.

Pada perhimpunan itu, 10 pemimpin negara anggota Asean dan Obama memberi tumpuan kepada usaha melindungi keamanan, kemakmuran dan keselamatan di rantau Asia Pasifik.

Perbincangan mereka termasuk dalam soal memerangi keganasan, cabaran rentas negara dan isu Laut China Selatan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyertai Najib dalam perbincangan itu.

Asean terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");