Panasnya Hari Ini

Asyraf Wajdi Persoal Daya Intelektual Gen Y Tangani Isu

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan daya intelektual ‘generasi Y’ atau lebih dikenali sebagai ‘generasi apps (aplikasi)’ dalam menangani sesuatu isu yang timbul.

Tambah beliau lagi, beliau merasa khuatir melihat sikap masyarakat di negara ini, khususnya golongan muda, yang kelihatan mudah terheret dengan sesuatu sentimen apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

“Di mana gaya intelektual anak muda, akal waras anak muda dalam menangani satu-satu perkara atau isu? Hari ini kalau kita lihat ada ‘gen apps’ melihat isu secara dangkal dan berorientasikan emosi semata-mata.

“Mungkin juga kerana dihidang pelbagai ‘apps’, ada yang mudah percaya pada sesuatu maklumat yang tidak benar-benar mantap, dan mudah bertindak berasaskan berita yang tidak dikaji secara tuntas,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Berikutan itu, kata Asyraf Wajdi lagi, generasi muda pada hari ini perlu dididik agar kembali menghayati nilai kerohanian dan akhlak yang tinggi kerana golongan itu akan menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

“Negara kita pada hari ini seperti tiada hala tuju jika melihat kepada generasi muda hari ini.

“Imam Ghazali sendiri berkata bahawa jika kita ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah generasi hari ini.

“Jika kita tidak didik mereka dengan akal budi manusiawi, nilai rohani, prinsip moral dan adab yang tinggi, saya bimbang negara kita tidak akan ke mana-mana,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");