Panasnya Hari Ini

Bekas Peguam Negara Tidak Pernah Nafikan Kenyataan Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Dakwaan mengenai terdapat unsur jenayah yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung skandal RM42 juta milik SRC International yang disalurkan ke dalam akaun peribadi milik Najib seperti ada kebenarannya.

Ianya berikutan tindakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang kini ‘membisu’ dan secara tidak langsung ianya menguatkan hujah bahawa beliau ada memberitahu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan skandal tersebut.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau itu berdasarkan hakikat bahawa Abdul Gani tidak menafikan dakwaan Muhyiddin yang dilaporkan berkata wujudnya salah laku dalam urus niaga berkenaan.

“Pendirian Abdul Gani mendiamkan diri membuktikan kenyataan Muhyiddin yang mendedahkan beliau memberitahu Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri semasa masih menjawat jawatan peguam negara adalah benar.

“Jika pendedahan Muhyiddin itu adalah fitnah terhadap Abdul Gani sudah tentu beliau boleh menafikan kenyataan Muhyiddin dan mengambil tindakan saman fitnah terhadap Muhyiddin,”katanya,lapor MalaysiaKini.

Jelas Mahfuz lagi, tindakan Najib menyingkirkan Muhyiddin dan juga Abdul Gani jelas merupakan satu tindakan pintas dan pantas Najib untuk menghalang pendakwaan terhadap dirinya.

Kata Mahfuz lagi, pendedahan yang dilakukan oleh Muhyiddin itu dilihat bertepatan saranan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengarahkan agar suruhanjaya itu mengemukakan semula kertas siasatan berkaitan SRC International kepada Peguam Negara.

“Ini membuktikan PPO mendapati terdapat bukti kes untuk pendakwaan terhadap Najib.

“Pendedahan Muhyiddin juga suatu bukti menunjukkan peguam negara sekarang telah mencalar nama baik institusi Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang melantik beliau.

“Pendedahan itu juga menyebabkan persepsi umum yang peguam negara melindungi penjenayah,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");