Panasnya Hari Ini

‘PAS Sedia Jadi Pendokong UMNO Jika …’ – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: PAS bersedia untuk menjadi pendokong kuat kepada UMNO sekiranya parti komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) itu mentadbir negara dengan ikhlas serta berpaksikan kepada ajaran Islam.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS bukanlah sebuah parti yang gilakan kuasa untuk memerintah Malaysia, apatah lagi untuk merampas tampuk kepimpinan negara daripada UMNO.

“Macam mana kita nak cari pemerintahan begini iaitu balik kepada Islam. Justeru, PAS mengajak kembali kepada Islam khususnya orang Melayu, tidak kira PAS atau UMNO dan PAS tak tamak kuasa.

“Kalau UMNO kembali pada Islam, laksanakan hidayah Allah, bukan kerana Islam untuk dapatkan sokongan rakyat serta benar-benar ikhlas kerana Allah, kita akan dokong agar Islam ditegakkan. PAS tak berebut jawatan atau kuasa. Apa yang PAS mahu hanya Islam ditegakkan,” katanya,lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian program Himpunan Harapan Rakyat (Harap 3.3) di Kampung Padang Mengkuang, malam tadi.

Katanya, PAS yang ditubuhkan pada 1951 merupakan parti yang sentiasa memperjuang agendanya untuk menegakkan syiar dan undang-undang Islam mengikut hidayah Allah.

Terdahulu, Abdul Hadi pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu sanggup menjadi penasihat kepada kerajaan.

Katanya, perjuangan PAS kini berpaksi kepada mengubah dasar pemerintahan kerajaan dan bukannya lagi ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");