Panasnya Hari Ini

Beri Bashah Peluang- Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR:Timbalan Perdana Menteri DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi saranan supaya Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah diberikan peluang bagi membangunkan negeri itu.

Memetik laporan Berita harian, beliau turut menyatakan kenyakinan bahawa hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan membolehkan lebih peruntukan disalurkan kepada pentadbiran Kedah kelak.

Rakyat juga disaran supaya membantu Ahmad Bashah selaku Menteri Besar Kedah yang ke-12, menjalankan tugasnya dengan baik bagi pembangunan negeri itu.

“Secara peribadi, (Ahmad Bashah) boleh bisik kepada PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) untuk bantu bangunkan Kedah,” katanya kepada wartawan Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja empat di Beijing hari ini.

Tambahnya lagi, walaupun kelayakan pendidikan Ahmad Bashah agak rendah berbanding keperluan yang tinggi, rakyat perlu melihatnya dari sudut positif yang dimilikinya dalam pentadbiran di peringkat Pusat.

Beliau turut menyatakan telah mengenali Ahmad Bashah sejak 1987 pernah menjadi Timbalan Menteri dan terbabit dalam arena politik lebih 35 tahun.

“Ahli politik tak harus dilihat pencapaian akademik semata-mata tetapi perlu melihat latar belakang lain. “Jangan hina dan merendahkan.

“Berikan peluang. kalau kita cari kesalahan, kita tak akan temui kebenaran. Kalau kebenaran yang kita cari, aspek positif perlu diberi kepentingan,” katanya.

Tambahnya masa selama 100 hari perlu diberikan kepada Bashah untuk mencorakkan pemerintahan kerajaan negeri dibawah pimpinannya kini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");