Berita Hari Ini

Gajet pintar ancaman kepada pelajar

JOHOR BAHRU – Pelajar diingatkan menggunakan kemudahan teknologi yang mempunyai pelbagai saluran secara bijak ke arah kebaikan dan membantu pelajaran di sekolah.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Aishah Mohamad berkata, kesilapan pelajar menyebarkan berita yang berunsur hasutan akan turut menyebabkan mereka diheret di bawah Akta Hasutan 1948.

Menurutnya, kebanjiran gajet pintar boleh jadi ancaman kepada pelajar sekiranya disalah guna dan cepat terpengaruh dengan sesuatu disebarkan melalui media sosial.

“Yang membimbangkan apabila 17 peratus golongan terlibat jenayah berumur di bawah 25 tahun di Johor, sedangkan golongan muda ini jadi harapan pada masa depan.

“Saya nasihatkan jika nak guna gajet, gunalah dengan bijaksana kerana ia mempunyai elemen hasutan dan membahayakan masa depan pelajar sekiranya disalah guna,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kepolisan Komuniti dan Kembali ke Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Sultan Ibrahim, di sini, semalam.

Aishah berkata, penubuhan persatuan dan kelab di sekolah tidak seharusnya sekadar memenuhi keperluan ko-kurikulum semata-mata, sebaliknya perlu mempunyai keberkesanan kepada pelajar.

Menurutnya, setiap persatuan dan kelab yang ditubuhkan perlu main peranan tersendiri dalam usaha membantu membina sahsiah dan jati diri pelajar agar tidak terlibat salah laku serta jenayah.

“Kita nak pengetua atau sesiapa dipertanggungjawabkan membantu pelajar mendalami tujuan sebenar mereka menyertai sesebuah persatuan atau kelab,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");