Sukan Hari Ini

‘Beri saya masa’

Shah Alam: Penyerang baru Selangor Mauro Olivi mengaku dia memerlukan sedikit masa lagi untuk membentuk gandingan mantap bersama Patrick Ronaldinho bagi berdepan saingan musim ini.

Pemain berusia 32 tahun dari Argentina itu sudah sebulan berlatih dengan skuad Gergasi Merah dan dia berpuas hati dengan peningkatan prestasinya bersama pasukan baru.

“Saya dan Ronaldinho sudah berlatih dan beraksi bersama dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini, memang saya lihat persefahaman kami ada peningkatan.

“Saya percaya dalam sedikit masa lagi, kami boleh membentuk keserasian mantap jika terus diturunkan dalam beberapa perlawanan lagi,” katanya yang ditemui pada Majlis Memperkenalkan Pemain Pasukan Selangor 2016 dan Pelancaran Jersi Baru Selangor 2016 semalam.

Kehadiran Olivi melengkapkan senarai 23 pemain skuad kendalian Zainal Abidin Hassan yang dibarisi lapan muka baru termasuk empat bekas tonggak Pahang Khairul Azhan Mohd Khalid, Mohd Razman Roslan, Mohd Hafiz Kamal dan R Gopinathan.

Olivi yang pernah beraksi dengan kelab gergasi Chile Colo-Colo menjadi taruhan Gergasi Merah untuk menggempur kubu lawan bersama bekas penyerang PKNS FC Ronaldinho.

Bagaimanapun, dalam empat perlawanan pramusim, Olivi hanya berjaya menyumbat satu gol ketika mengalahkan Kuala Lumpur 2-1 dan sejauh mana kemampuannya bakal teruji apabila Liga Super bermula dengan aksi menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dalam perlawanan sumbangsih di Larkin, 13 Februari ini.

“Saya sangat gembira menyertai Selangor cuma sedikit masalah di sini adalah komunikasi tapi saya banyak dibantu oleh rakan dan pegawai pasukan.

“Saya lebih gemar bermain sebagai penyerang tengah, bebas bergerak. Saya tidak suka meletakkan sasaran untuk menjaringkan 10, 15 atau 20 gol musim ini, saya lebih suka membuktikannya di atas padang,” katanya.

Selepas merangkul kejuaraan Piala Malaysia ke-33 musim lalu, Selangor berazam untuk mempertahankan kejuaraan musim ini selain memburu trofi Liga Super dan mencabar kejuaraan Piala AFC.-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");