Panasnya Hari Ini

Bila Mukhriz Kritik PM Dalam MT? – Annuar

KUALA LUMPUR: “Sejak bila Mukhriz mengkritik? Tiga tahun Mukhriz duduk dalam Majlis Tertinggi (MT), sekali pun saya tidak dengar beliau kemuka suara rakyat.

“Maaf bercakap, apabila kena pecat beliau gambarkan kena pecat kerana berjuang untuk rakyat?” soal Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menerusi wawancara di Mingguan Malaysia, yang dipetik dari laporan MalaysiaKini, hari ini.

Katanya lagi, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak pernah bercakap tentang permasalahan yang dihadapi rakyat dan juga isu berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apa benda yang Mukhriz berjuang untuk rakyat? Jika di luar MT saya tidak tahu tetapi di dalam mesyuarat MT tidak ada sekali pun Mukhriz bercakap tentang permasalahan rakyat dan menegur Najib berhubung sesuatu isu.

“Jadi saya ingin mencabar Mukhriz untuk terangkan apakah perkara yang beliau perjuangkan untuk rakyat dan kami dalam parti menentangnya,”ujarnya.

Annuar turut berkata, Mukhriz telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah kerana mengkritik kepimpinan Najib demi ‘berjuang untuk rakyat’.

Disebabkan itu, beliau mempersoalkan sejak bila Mukhriz mengkritik Najib yang juga Presiden UMNO sepanjang tiga tahun berada dalam Majlis Tertinggi UMNO.

Selain itu, Annuar juga turut meminta Mukhriz mengemukakan minit mesyuarat sekiranya anak bekas Perdana Menteri itu pernah membawa masalah rakyat semasa dalam mesyuarat MT.

“Apa benda di Kedah yang hendak beliau bangunkan kita menolak? Hakikatnya tidak ada, kita ada minit mesyuarat MT, bawa minit mesyuarat MT apa yang Mukhriz sebut bersifat membela rakyat,”tegasnya.

Tambahnya lagi, Mukhriz juga telah hilang kepercayan daripada ‘rakan-rakannya’ kerana berada di luar pasukan.

Berikutan itu, kata Annuar, kedudukan Mukhriz yang ‘serba salah’ adalah kerana bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mempunyai masalah peribadi dengan Perdana Menteri.

“Saya memahami kedudukan beliau kerana ayahnya mempunyai masalah peribadi dengan Perdana Menteri tetapi Mukhriz harus ada pendirian.

“Kalau pendirian yang dipilih ialah menentang orang yang melantik kita, terima hakikat akan dipecat,”ujarnya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");