Sukan Hari Ini

Futsal: Pemain cuai punca Malaysia dibelasah Jepun

KUALA LUMPUR: Pengendali skuad futsal negara, Marcelo Serpa mengakui masih banyak kerja yang perlu dilakukan selepas melihat barisan kendaliannya dibelasah Jepun 11-1 dalam aksi kedua Kumpulan D Kejuaraan Futsal AFC 2016 di Uzbekistan, semalam.

Menurutnya, dia mengakui jurang antara skuad kendaliannya dengan Jepun jelas ketara dengan menyifatkan kecuaian pemain juga antara sebab kepada kekalahan besar itu.

“Pemain kerap hilang bola di babak pertama dan selepas berbincang di bilik persalinan, ada peningkatan ditunjukkan di babak kedua, namun ia sudah terlambat.

“Di babak pertama, kami seakan tidak ada dalam permainan dan Jepun menunjukkan potensi sebenar mereka selaku pasukan hebat di Asia serta di peringkat dunia,” kata Serpa.

Kekalahan kepada Jepun itu adalah yang kedua selepas skuad negara tunduk 2-1 kepada Australia, kelmarin sekali gus menduduki tempat tercorot dalam kumpulan.

Skuad negara akan melengkapkan saingan kumpulan menentang Qatar, esok.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");