Panasnya Hari Ini

Bukan Mudah Selesai Agihan Kerusi Di Sarawak – Wan Azizah

Gambar:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Pakatan harapan hari ini menyatakan bahawa bukan mudah untuk menyelesaikan isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya sedang mengatur perbincangan untuk mencari satu jalan penyelesaian terbaik.

Ujarnya, ia bagi memastikan setiap kerusi yang bakal ditandingi di PRN tersebut melibatkan pertandingan satu lawan satu.

“Isu kerusi-kerusi memang ada perbincangan ia tidak semudah yang kita harapkan, namun kalau boleh kita pastikan dapatkan satu lawan satu,” katanya, lapor Free Malaysia Today.

Namun begitu, beliau berkata, pihak telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

“Sarawak sebuah negeri lain dari lain, apa boleh kita lakukan ialah untuk berikan khidmat dan pilihan kepada rakyat Sarawak untuk bersama-sama kita,” katanya lagi.

Sebelum ini, Pakatan Harapan berikrar akan mencari jalan bagi mengelak pertembungan tiga penjuru antara sesama parti pembangkang pada PRN Sarawak.

Dalam pada itu, PAS telah membuat pengumuman untuk bertanding bagi 11 kerusi dan akan menampilkan calon bukan Islam pada PRN berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");