Berita Hari Ini

Industri 3D boleh ‘gulung tikar’ tiada pekerja

RAWANG: Penangguhan pengambilan pekerja asing akan menjejaskan operasi industri 3D (bahaya, kotor dan sukar) dan menyebabkan kilang ditutup.

Pengarah Urusan Balqis Textiles and Manufacturing Sdn Bhd (Balqis Textiles), Datuk Syed Mohammed Izhaar Mohammed Sebir, berkata pihak berkuasa perlu mendapatkan pandangan dan cadangan wakil industri terbabit bagi menangani isu itu.

“Kami memerlukan pekerja asing berikutan tenaga sedia ada akan pulang ke negara asal apabila permit kerja mereka tamat tahun ini.

“Jika pengambilan terus ditangguh, kami mungkin terpaksa gulung tikar kerana tiada pekerja untuk menjalankan operasi.

“Kerajaan perlu menemui wakil industri bagi mendapatkan pandangan jelas berhubung kepentingan dan keperluan pekerja asing,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau yang mewakili pengusaha sektor perkilangan di kawasan perindustrian di sini berkata, kerajaan sudah melaksanakan sistem mewajibkan pekerja asing berdaftar di negara ini memiliki kad pekerja biometrik.

Katanya, pekerja terbabit juga perlu melalui pemeriksaan kesihatan di klinik yang mempunyai kemudahan BioMedical.

“Dalam aspek keselamatan, kerajaan turut melaksanakan sistem cap jari bagi mengetahui latar belakang mereka manakala pemeriksaan kesihatan membolehkan verifikasi biometrik dilakukan bagi tapisan keselamatan.

“Justeru, tidak timbul isu kesan sosial jika segala tapisan dilaksanakan,” katanya.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");