Perak Hari Ini

Buru Pencuri Tersebut -DS Zambry

SITIAWAN: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini telah mengarahkan pihak yang bertanggungjawab untuk memburu individu yang melakukan kecurian di Jambatan Raja bPermaisuri Bainun di Kampung Bharu di sini.

Ia susulan berlakunya kecurian pada penghadang di bahagian tepi jambatan tersebut dan kabel lampu sehingga menyebabkan kerugian mencecah RM500,000.

Beliau berkata, terdapat sindiket atau kumpulan yang telah melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab berkenaan.

Zambry berkata, beliau telah mengarahkan pihak-pihak berwajib untuk menyegerakan tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Jpeg
Jpeg

“Saya telah mengarahkan kepada Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Daerah supaya bertindak mencari dan memburu mereka dimana sahaja mereka berada.

“Saya juga telah meminta kepada pihak polis untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi memburu mereka ini. Kalau tidak, macam inilah yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan mengejut di jambatan berkenaan, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau telah menghadiri rumah terbuka bekas Ahli Parlimen Lumut, Tan Sri Kong Cho Ha sempena Tahun Baru Cina.

IMG-20160208-WA0003

Zambry turut memberi teguran kepada jabatan yang bertanggungjawab khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya melakukan pengawasan.

“Ini dibawah pengawasan JKR. Bayangkan perkara ini bukan berlaku dalam jangka masa yang singkat,” jelasnya.

Tegasnya, individu berkenaan harus dikenakan tindakan yang setimpal dan mereka tidak boleh dibiarkan bermaharajalela.

“Saya tidak tahu siapa mereka ini, tetapi saya telah mengarahkan supaya tindakan memburu dilakukan. Mereka ini perlu dibawa ke muka pengadilan serta dikenakan tindakan dan hukuman yang semaksimumnya.

“Saya harap tindakan segera dilakukan kerana ia melibatkan keselamatan, kepentingan dan harta awam,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung,  Asisten Komissioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kecurian berkenaan.

Beliau juga telah meminta agar orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan bagi membantu pihak polis.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");