Sukan Hari Ini

Benam Titans tonik cetus semangat

Kuantan: Pengurus Pahang Datuk Che Nasir Salleh mengegsa skuad itu mencatat kemenangan ke atas T-Team apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Beliau berkata, aksi pertama itu mampu menjadi pencetus semangat kepada skuad itu kerana sebahagian besar pemainnya adalah muka baru.

Menurutnya, walaupun masih baru dan kurang pengalaman, mereka diharap membuktikan kehadiran dalam skuad Tok Gajah bukan sekadar penumpang.

“Oleh itu, saya harap pemain dapat meraih tiga mata sebagai motivasi terbaik untuk mengharungi cabaran getir sepanjang saingan Liga Malaysia musim ini.

“Walaupun T-Team baru saja disahkan beraksi dalam Liga Super, pemain tidak harus memandang mudah keupayaan lawan kerana mereka mempunyai pemain berpengalaman,” katanya semalam.

Justeru, Che Nasir berkata, baki enam hari lagi diharap dapat dimanfaatkan pemain untuk meningkatkan lagi kualiti permainan terutama menajamkan jentera serangan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");