Panasnya Hari Ini

Cantik Dan Popular Di laman Sosial Satu Bonus- Pevita Pearce

KUALA LUMPUR: Pelakon Indonesia, Pevita Pearce,  merasakan bakat lakonan tersendiri yang dimiliki antara faktor utama pemilihannya untuk muncul dalam filem Aach…Aku Jatuh Cinta (AAJC) dan sekaligus menafikan ia disebabkan oleh faktor kecantikan dimilikinya.

Beliau juga turut menyatakan bahawa jumlah pengikutnya yang ramai di laman sosial Instagram dan Twitter menjadi salah satu faktor menaikkan popularitinya dan dilihat sebagai satu bonus.

Memetik sumber Berita harian,  Pevita telah menceburi dunia seni sejak lebih sedekad lalu turut mengakui masih banyak kekurangan pada dirinya yang perlu dibaiki.

Beliau yang berdarah campuran Inggeris dan Indonesia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton filem berkenaan di ibu kota, baru-baru ini.

“Bagi saya, faktor fizikal dan pengaruh di laman sosial hanyalah sebagai bonus. Saya percaya, ramai artis di seluruh dunia menggunakan medium berkenaan untuk mempromosikan sebarang kerjaya seni mereka, sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia bukan sesuatu yang pelik.

“Bagaimanapun saya juga percaya jika hanya bersandarkan perkara sebegitu tanpa ada kemahiran dalam lakonan dan bakat, takkan saya dicalonkan dalam beberapa anugerah sebelum ini?

“Sebagai pelakon dan manusia, saya sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada. Hendak dikatakan saya masih baharu dalam bidang ini pun tidak boleh juga kerana sudah 14 tahun saya berkecimpung di arena seni,” katanya.

Terdahulu, Pevita sebelum ini pernah membintangi filem Denias, Senandung di Atas Awan, Lost in Love, Rasa, Dilema, Sanubari Jakarta, 5 cm, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Aku Cinta Kamu.

Filem AAJC menggandingkan Pevita dengan Chicco Jerikho. Filem memaparkan kisah cinta berlatarkan era 1970-an itu dijangka ditayangkan di Malaysia dalam masa terdekat. Di Indonesia, filem ini menemui penonton mulai 4 Februari lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");