Jenayah

Culik: Hukuman penjara seumur hidup dikekalkan

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara seumur hidup serta enam sebatan terhadap tiga sahabat yang menculik seorang kanak-kanak warga Belanda, empat tahun lalu.

Keputusan dibuat oleh tiga panel Hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Zakaria Sam, Datuk Dr Badariah Sahamia dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil selepas sebulat suara menolak rayuan Chong Tat Siong, Foong Khar Fai, serta Lee Phak Seng, hari ini.

Zakaria berkata, rayuan pendakwaan terhadap hukuman agar kesemua tertuduh dihukum mati turut ditolak.

“Mahkamah mendapati tiada merit terhadap rayuan sabitan tertuduh dan rayuan hukuman oleh pihak pendakwaan,” katanya.

Terdahulu pada prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurshafini Mustafa berhujah bahawa kes culik itu telah menggugat keneteraman awam.

“Banyak kes penculikan kanak- kanak berlaku sekarang selain ia boleh menimbulkan ketegangan antara dua negara kerana mangsa berasal daripada Belanda,” katanya.

Tat Siong, 28, diwakili oleh Datuk Renjinder Singh manakala Amirul Ridza Hanif mewakili Khar Fai, 23, dan Phak Seng, 28.

Renjinder ketika ditemui berkata, beliau akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya sama ada untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan ataupun tidak.

Pada 3 September 2015, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mereka didapati bersalah menculik kanak-kanak berkenaan di Jalan Kiara 1, Mont Kiara, 7.30 pagi pada 27 April 2012.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 3, Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seminggu selepas diculik, mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun dibebaskan di kawasan rehat dan rawat Sungai Buloh, Lebuhraya PLUS pada 7.55 pagi 3 Mei.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");