Sukan Hari Ini

Dihantui badi!

Kuala Terengganu: Badi kekalahan kepada Kedah terus menghantui Terengganu apabila kunjungan mereka ke negeri Jelapang Padi itu berakhir dengan kekecewaan buat pasukan dari Pantai Timur itu.

Bagaimanapun, ketua jurulatih skuad Peteh Ahmad Yusoff berkata, kekalahan itu kerana faktor kealpaan pemainnya sehingga membawa padah apabila mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong.

“Saya lihat pemain mampu memberikan tentangan hebat kepada pasukan tuan rumah dengan mencipta gerakan berkualiti namun gagal menemui sentuhan jaringan. Sedikit kelekaan pemain membawa padah sehingga Kedah berjaya menjaringkan gol,” kata Ahmad.

Selain itu, Ahmad berkata, ketiadaan pemain tonggak Gustavo Lopez dan penyerang dari Kanada Issey Nakajima Farran juga menyebabkan pasukannya sedikit tempang untuk menyaingi lawan yang beraksi baik di depan penyokong mereka.

“Selepas kehilangan dua pemain itu, kita hanya bergantung kepada kekebalan Vincent Bikana dan jelas nampak ada sedikit kelonggaran dalam aspek bertahan.

“Biarpun gagal mendapatkan sebarang mata, saya bangga dengan semangat ditunjukkan pemain yang berjuang hingga saat akhir perlawanan untuk mencari gol penyamaan namun malangnya kita tidak dapat menghasilkan jaringan,” katanya.

Dalam perlawanan itu, pemain import baru Kedah Carlos Kahe menjadi watak pemusnah kepada Terengganu apabila jaringannya tiga minit sebelum berakhir babak pertama menafikan hajat pasukan pelawat untuk meneruskan rentak kemenangan kedua berturut-turut.

Terengganu bakal bertandang ke Stadium Hang Jebat, Melaka dalam aksi Piala FA bertemu Selangor PKNS esok.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");