Jenayah

Dituduh bunuh teman lelaki

KLUANG: Seorang tukang urut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang, di sini, semalam, atas tuduhan membunuh dengan niat teman lelakinya, Ng Chin Hock, 52, pada 28 Januari lalu.

Tertuduh, Ng Choon Wah, 53, bagaimanapun hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin namun tiada pengakuan direkodkan.

Tertuduh didakwa bersama seorang suspek yang masih bebas menyebabkan kematian dengan niat membunuh mangsa di rumah No 9, Jalan Kelicap, Taman Bahagia, di sini, lebih kurang jam 12.30 tengah malam.

Mayat mangsa kemudian ditemui di tepi Jalan Niyor.

Tertuduh yang berpakaian lokap dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Majistret Nuruhuda Mohd Yusof menetapkan 24 Mac depan untuk sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norafiah Saini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");